Misi & Objektif

MISI

Memperkasakan peserta dengan bacaan dan hafazan Al Quran, serta bertadabbur surah pilihan yang menekankan adab dan akhlak yang mulia sebagai sifat dan sikap yang perlu dipegang teguh oleh setiap peserta.

Turut memberi pendedahan kepada peserta tentang program yang berkaitan dengan ibadah solat, seronok berbahasa Inggeris, bakat usahawan, menguasai kemahiran berfikir dan sukan sunnah iaitu sukan memanah.

OBJEKTIF

  • Menyediakan program khas bagi membudayakan Al Quran dikalangan pelajar dalam usaha melahirkan generasi CINTA dan CELIK Al Quran.
  • Memberi pendedahan kepada peserta tentang bertadabbur dengan ayat Al Quran.
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja mengikuti program hafazan intensif
  • Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat amal soleh dengan ayat Mat Saleh dalam Soleh English.
  • Memberi pendedahan tentang aktiviti yang berkaitan fizikal dan strategi.
  • Melahirkan kesedaran peserta tentang mengamalkan adab dan akhlak yang mulia.

KEUNIKAN

  • Tilawah dan tahsin Al Quran dalam skala kumpulan yang kecil
  • Hafazan Intensif oleh pelajar dibimbing oleh guru atau fasi yang berkemampuan
  • Latihan dalam kumpulan menggunakan modul khas berdasarkan surah pilihan
  • Menggunakan kaedah hafazan UTUH dan penggunaan DIARI HUFFAZ.
  • Aktiviti Geng Solat yang luar kebiasaan daripada kem smart solat biasa
  • Sesi Soleh English yang menggabung jalin program berbahasa Inggeris dengan aktiviti yang menyeronokkan.
  • Aktiviti-aktiviti yang dapat membantu merangsang pelajar untuk berfikir menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan permasalahan
  • Sukan memanah yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam, akan diajar kepada anak anak bagi melatih anak-anak untuk fokus dan berdisiplin.
Advertisements