Geng Solat

Geng Solat

SOLAT adalah elemen paling penting dalam proses mendidik kanak- kanak dan remaja.

Oleh itu, Program Geng Cuti Sekolah akan mengadakan program Geng Solat untuk memperkasakan ibadah solat di kalangan pelajar.

Slot akan dikendalikan oleh jurulatih yang arif dan berkemampuan untuk menyampaikan kaedah solat yang mudah difahami dan secara praktikal.

Aktiviti dalam Geng Solat adalah diluar kebiasaan program ibadah solat yang
selalu dianjurkan. Mereka akan didedahkan dengan praktikal dan aktiviti yang menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi.